Wednesday, December 23, 2009

KPTM - Politeknik Malaysia

Fuhh ... baru habis hampir RM 100 tukar tali untuk 2 gitar dengan polish sekali .. isk isk isk .. bangkrup . Satu gitar kapok (tali murah) dan gitar elektrik-akustik satu lagi dengan tali addrio anti karat .. baru la sedap nak main semula, tali x keras dan bunyi pun bertambah best ... kekekee... Anyway, di pagi yang ceria ni, aku cuba cari2 lagu yang sesuai tapi tak jumpa2 plak lagu yang sedap dan tak pernah publish lagi dalam website gitar lain .. so, sambil mencari2 tu, tetiba teringat pulak masa orientasi kat Politeknik dulu (sesi 2003~2006) di mana kena hafal lagu "Politeknik Malaysia" dan nyanyi beramai-ramai sambil goyang ke kanan dan ke kiri... godek punya godek dalam youtube.. x jumpa plak lagu asal "Politeknik Malaysia" versi sayu .. yang ada pun versi agak rancak ... rembat je la . Aku tak pasti sesetengah part tu sama ada guna kod B atau B7 sebab telinga aku kurang pendengaran sikit 2-3 hari ni (selsema) dan kod ni pun kod yang aku cari awal2 masa orientasi dulu (bulan Jun 2003 .. :P~). Sebaik la kod yang agak mudah nak buat balik .. Kira malas sikit la kali ni ... tekan2 ..ada bunyi tu kira ok la .. hehehe ... anyway, kepada dak2 Poli ... mari kembali ke masa silam anda .. plucking untuk sesi yang lebih sentimental dan sorry tak jumpa video lagu yang asal (mendayu2) .. hahaha :P~

Video : Credit To ijamsamad At YouTube



Intro :
Em Am D B7 Em
Em Am D B7 Em


Em Am
Politeknik adalah warisan kita
D G
Membekal tenaga bidang teknikal
C Am
Bersama membina kemajuan negara
C B7
Malaysiaku tercinta

Em Am
Akhlak mulia asas jaya
D G
Itulah amalan hidup kita
C Am
Di mana sahaja Politeknik berada
B Em
Harapan tetap sama

Korus :

Em D G
Politeknik ku sanjung jasa-jasamu
D G
Mencipta lembaran sejarah
C Am
Harapan impian kan menjadi nyata
B7
Tekad, takwa, usaha
B7 B
Penentu arah


Em Am
Maju Politeknik ayuh maju
D G
Semangatmu merestui perjuanganku
C Am
Teknologi teras pembangunan negara
B Em
Politeknik Malaysia


C Am B Em

Ulang Korus

Em Am
Maju Politeknik ayuh maju
D G
Semangatmu merestui perjuanganku
C Am
Teknologi teras pembangunan negara
B7 Em
Politeknik Malaysia

C Am
Teknologi teras pembangunan negara
B7 Em
Politeknik Malaysia

Monday, December 14, 2009

Aiman - Cinta Terakhir

Aku tertarik dengan lagu Ressa Herlambang - Menyesal yang merupakan lagu tema sinetron Tasbih Cinta (Indonesia). Lirik yang agak sedih dan bermakna bagi aku dan lagu sentimental yang perlahan dan mudah dicari ... :P~ . Tapi seperti yang kita tahu, pihak sana adalah lebih pantas dalam menghasilkan semula kod gitar artis dorang. So, bila dah separuh buat dengan gitar aku yang penuh dengan habuk tu, aku pun cuba la check website dorang sama ada dah ada atau belum. Godek2 .. dah ada rupanya .. terus la aku cancel upload sebab 90% kod adalah sama .. karang kata tiru pulak dah jadi satu hal. Kemudian, aku cuba ingat2 balik apa tajuk lagu yang agak banyak drama Melayu mainkan dan terjumpa la lagu ni dalam Youtube. So, please enjoy the chords .. kalu salah tolong maafkan dan kasilah tahu di mana silapnya, lama tak main ni . Masa yang diambil bermula dari kul 3 pagi sampai kul 5.30 pagi .. hehehe

Video: Credit To skylines86 At YouTube


Intro:

A# F# G# Fm A#m D#m G#


C# G#
Kau cinta pertamaku
A#m Fm
Kau cinta terakhirku
F# G#
Tiada apa yang bisa
C# G#
Menafikan kasih kita

C# G#
Kau ayu di mataku
A#m Fm
Satu antara seribu
F# G#
Tiada tara di dunia


Korus

(1)
F# G#
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Fm A#m
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
D#m G#
Usah ragu dengan takdir


C# G#
Kau ayu di mataku
A#m Fm
Satu antara seribu
F# G#
Tiada tara di dunia

Ulang korus (1)

F# G#
Mungkin kita kan berbeza haluan
Fm A#m
Berakhirnya cerita percintaan
D#m G# A#m
Segalanya ketentuan Tuhan


Ulang korus (1)


F# G#
Mungkin kita kan berbeza haluan
Fm A#m
Berakhirnya cerita percintaan
D#m G# A#
Segalanya ... segalanya ahahaaaa


G# A#
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Gm Cm
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Fm A#
Usah ragu dengan takdir

G# A#
Mungkin kita kan berbeza haluan
Gm Cm
Berakhirnya cerita percintaan
Fm A# Cm
Segalanya ketentuan Tuhan


Cm G# A# … Gm Cm

Fm A# D#
Segalanya ketentuan Tuhan

Sunday, December 13, 2009

Saje je nak update blog .. :P~

Salam semua ... akhirnya ada gak peluang update blog ni. Maklumlah lama tak main gitar semenjak masuk semester 5 ni, ditambah lagi dengan cerita-cerita dan OST Korea yang makin melambak untuk didownload. Kemudian ada plak game online Mafia Wars dari aplikasi facebook, busy jugak la. Ni pun stop kejap sebab game tu banyak masalah bug dan account kena "roll back" seminggu sebelumnya, kecewa gila :( . Jadi, bila tengah2 boring ni sambil menahan diri tak main game tu .. teringat pulak kat gitar yang dah berhabuk tu dan blog ni jugak.

Berbalik kepada website gitar geocities yang aku telah buat sejak tahun 1999 dulu, nampaknya pihak Yahoo betul2 mengotakan janji dengan menutup khidmat geocities free ni bulan lepas . Sebaik la aku sempat salin semua kod gitar dan beberapa kod html, kalu tak .. boleh tangkap nangis beb . Bukan mudah nak buat satu2, cari lirik, cari lagu, dan kemudian pegang gitar sambil kena cari tone yang sesuai ...

Anyway, walaupun dah salin kod2 tersebut , sekarang cuma tak tahu nak letak kat hosting free mana. Maklumlah 10 tahun aku tak pernah ambik tahu free hosting lain . (^_^)insyaallah kalu ada masa nanti aku akan cuba letak balik kod2 gitar ni .. so, aku berharap la korang boleh terima kedudukan kod gitar kat blog ni yang tak berapa tepat. Link2 yang aku letak kat bawah setiap kod gitar dengan url Geocities tu dah terpakai lagi la kiranya ..

Jadi, kira pandai-pandai la budget ye abang/kakak/adik/makcik/pakcik/ dan sebagainya bila nak tekan kat gitar nanti ye ... hehehe

Itu saje buat kali ni .. terima kasih kerana melawat blog ni sekali lagi :)