Wednesday, December 23, 2009

KPTM - Politeknik Malaysia

Fuhh ... baru habis hampir RM 100 tukar tali untuk 2 gitar dengan polish sekali .. isk isk isk .. bangkrup . Satu gitar kapok (tali murah) dan gitar elektrik-akustik satu lagi dengan tali addrio anti karat .. baru la sedap nak main semula, tali x keras dan bunyi pun bertambah best ... kekekee... Anyway, di pagi yang ceria ni, aku cuba cari2 lagu yang sesuai tapi tak jumpa2 plak lagu yang sedap dan tak pernah publish lagi dalam website gitar lain .. so, sambil mencari2 tu, tetiba teringat pulak masa orientasi kat Politeknik dulu (sesi 2003~2006) di mana kena hafal lagu "Politeknik Malaysia" dan nyanyi beramai-ramai sambil goyang ke kanan dan ke kiri... godek punya godek dalam youtube.. x jumpa plak lagu asal "Politeknik Malaysia" versi sayu .. yang ada pun versi agak rancak ... rembat je la . Aku tak pasti sesetengah part tu sama ada guna kod B atau B7 sebab telinga aku kurang pendengaran sikit 2-3 hari ni (selsema) dan kod ni pun kod yang aku cari awal2 masa orientasi dulu (bulan Jun 2003 .. :P~). Sebaik la kod yang agak mudah nak buat balik .. Kira malas sikit la kali ni ... tekan2 ..ada bunyi tu kira ok la .. hehehe ... anyway, kepada dak2 Poli ... mari kembali ke masa silam anda .. plucking untuk sesi yang lebih sentimental dan sorry tak jumpa video lagu yang asal (mendayu2) .. hahaha :P~

Video : Credit To ijamsamad At YouTube



Intro :
Em Am D B7 Em
Em Am D B7 Em


Em Am
Politeknik adalah warisan kita
D G
Membekal tenaga bidang teknikal
C Am
Bersama membina kemajuan negara
C B7
Malaysiaku tercinta

Em Am
Akhlak mulia asas jaya
D G
Itulah amalan hidup kita
C Am
Di mana sahaja Politeknik berada
B Em
Harapan tetap sama

Korus :

Em D G
Politeknik ku sanjung jasa-jasamu
D G
Mencipta lembaran sejarah
C Am
Harapan impian kan menjadi nyata
B7
Tekad, takwa, usaha
B7 B
Penentu arah


Em Am
Maju Politeknik ayuh maju
D G
Semangatmu merestui perjuanganku
C Am
Teknologi teras pembangunan negara
B Em
Politeknik Malaysia


C Am B Em

Ulang Korus

Em Am
Maju Politeknik ayuh maju
D G
Semangatmu merestui perjuanganku
C Am
Teknologi teras pembangunan negara
B7 Em
Politeknik Malaysia

C Am
Teknologi teras pembangunan negara
B7 Em
Politeknik Malaysia

Monday, December 14, 2009

Aiman - Cinta Terakhir

Aku tertarik dengan lagu Ressa Herlambang - Menyesal yang merupakan lagu tema sinetron Tasbih Cinta (Indonesia). Lirik yang agak sedih dan bermakna bagi aku dan lagu sentimental yang perlahan dan mudah dicari ... :P~ . Tapi seperti yang kita tahu, pihak sana adalah lebih pantas dalam menghasilkan semula kod gitar artis dorang. So, bila dah separuh buat dengan gitar aku yang penuh dengan habuk tu, aku pun cuba la check website dorang sama ada dah ada atau belum. Godek2 .. dah ada rupanya .. terus la aku cancel upload sebab 90% kod adalah sama .. karang kata tiru pulak dah jadi satu hal. Kemudian, aku cuba ingat2 balik apa tajuk lagu yang agak banyak drama Melayu mainkan dan terjumpa la lagu ni dalam Youtube. So, please enjoy the chords .. kalu salah tolong maafkan dan kasilah tahu di mana silapnya, lama tak main ni . Masa yang diambil bermula dari kul 3 pagi sampai kul 5.30 pagi .. hehehe

Video: Credit To skylines86 At YouTube


Intro:

A# F# G# Fm A#m D#m G#


C# G#
Kau cinta pertamaku
A#m Fm
Kau cinta terakhirku
F# G#
Tiada apa yang bisa
C# G#
Menafikan kasih kita

C# G#
Kau ayu di mataku
A#m Fm
Satu antara seribu
F# G#
Tiada tara di dunia


Korus

(1)
F# G#
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Fm A#m
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
D#m G#
Usah ragu dengan takdir


C# G#
Kau ayu di mataku
A#m Fm
Satu antara seribu
F# G#
Tiada tara di dunia

Ulang korus (1)

F# G#
Mungkin kita kan berbeza haluan
Fm A#m
Berakhirnya cerita percintaan
D#m G# A#m
Segalanya ketentuan Tuhan


Ulang korus (1)


F# G#
Mungkin kita kan berbeza haluan
Fm A#m
Berakhirnya cerita percintaan
D#m G# A#
Segalanya ... segalanya ahahaaaa


G# A#
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Gm Cm
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Fm A#
Usah ragu dengan takdir

G# A#
Mungkin kita kan berbeza haluan
Gm Cm
Berakhirnya cerita percintaan
Fm A# Cm
Segalanya ketentuan Tuhan


Cm G# A# … Gm Cm

Fm A# D#
Segalanya ketentuan Tuhan

Sunday, December 13, 2009

Saje je nak update blog .. :P~

Salam semua ... akhirnya ada gak peluang update blog ni. Maklumlah lama tak main gitar semenjak masuk semester 5 ni, ditambah lagi dengan cerita-cerita dan OST Korea yang makin melambak untuk didownload. Kemudian ada plak game online Mafia Wars dari aplikasi facebook, busy jugak la. Ni pun stop kejap sebab game tu banyak masalah bug dan account kena "roll back" seminggu sebelumnya, kecewa gila :( . Jadi, bila tengah2 boring ni sambil menahan diri tak main game tu .. teringat pulak kat gitar yang dah berhabuk tu dan blog ni jugak.

Berbalik kepada website gitar geocities yang aku telah buat sejak tahun 1999 dulu, nampaknya pihak Yahoo betul2 mengotakan janji dengan menutup khidmat geocities free ni bulan lepas . Sebaik la aku sempat salin semua kod gitar dan beberapa kod html, kalu tak .. boleh tangkap nangis beb . Bukan mudah nak buat satu2, cari lirik, cari lagu, dan kemudian pegang gitar sambil kena cari tone yang sesuai ...

Anyway, walaupun dah salin kod2 tersebut , sekarang cuma tak tahu nak letak kat hosting free mana. Maklumlah 10 tahun aku tak pernah ambik tahu free hosting lain . (^_^)insyaallah kalu ada masa nanti aku akan cuba letak balik kod2 gitar ni .. so, aku berharap la korang boleh terima kedudukan kod gitar kat blog ni yang tak berapa tepat. Link2 yang aku letak kat bawah setiap kod gitar dengan url Geocities tu dah terpakai lagi la kiranya ..

Jadi, kira pandai-pandai la budget ye abang/kakak/adik/makcik/pakcik/ dan sebagainya bila nak tekan kat gitar nanti ye ... hehehe

Itu saje buat kali ni .. terima kasih kerana melawat blog ni sekali lagi :)

Saturday, July 11, 2009

Geocities Akan Ditutup

Salam, nampaknya setelah 10 tahun laman web peribadi Geocities yang aku gunakan untuk memaparkan kod gitar yang lebih tersusun akan ditutup pada Oktober 2009 ini. Untuk itu, insyaallah aku akan cuba carikan alternatif lain. Itupun kalau aku mempunyai masa.

Buat kepada pihak-pihak lain (Website/blogger) yang menggunakan kod gitar yang aku buat sendiri, walaupun di tahap amatur dan tak berapa tepat (bagi sesetengah orang yang pakar), sekurang-kurangnya kasi lah kredit kat aku ke .. terima kasih ke .. jangan lah copy paste dan terus kata korang yang buat. Kalau ye pun, jarak-jarakkan lah kod tu ke, letak koma ke, huruf besar ke, letak titik ke .. ini 100% punya la sama dengan apa yang aku paparkan (penggunaan struktur ayat) dan kemudian tulis korang dapat ilhamlah, kawan kasilah, guru kasilah dan sebagainya.

Anyway, bukan aku nak simpan sorang-sorang dan cuma untuk dipaparkan, sharing is caring, mungkin kod-kod ni lebih mudah diakses di laman web korang, cuma mengharapkan sekurang-kurangnya ucapan terima kasih pun dah cukup . Bukan susah kan? :) . Penat tau pegang gitar kul 3 pagi kemudian melalak sensorang depan komputer sambil cari kod .. isk isk isk .. aku kantoi subjek exam pun pernah sebelum ni masa buat kod pada pagi tu, tetiba pulak terasa nak menulis .. :(

Insyaallah aku akan update lagi blog ni di masa hadapan memandangkan sekarang ni dah tahun akhir dan terbusy dengan subjek2 berat ..

Dan selamat mencuba kod-kod gitar walaupun dah lama tak update .. hehehe

Assalamualaikum

Friday, February 20, 2009

Syed Azmir - Padamkan Cerita Cintamu

Salam, bertemu kembali :). Hari ni setelah mencuba berkali-kali untuk menunaikan permintaan dari Lyn sekali lagi, akhirnya berjaya juga. Mula-mula dengar nampak macam senang, tapi ada part-part lagu ni yang perlukan daya fokus dan kesabaran yang tinggi untuk dapatkan nada yang sesuai. So, kalau ada salah dan silap .. minta maaf la ye. Ini pun dah berminggu-minggu tertangguh ni.. hehehe. Anyway, source lagu dari YouTube kali ni tak berapa jelas dan susah nak cari maklumat pasal penyanyi ni. So, enjoy the song .. hohoho !!!

Video: Credit To soulvictory At YouTube


Intro:

E B C#m A

E B
Kini ku rasa semua
C#m A
ketenangan yang hadir dijiwa
E B
dapat ku rasa segala
C#m A
bila akhirnya episod cinta


C#m G#m
Sedih yang berpanjangan
A E
kini tiada lagi
C#m G#m
awan hitam berlalu
A
hadir sinarnya
A E
kita lupakan cinta lalu


Korus :
B
Jangan kau rasa
A
aku tak mampu
E
lakukan semua
E
kerana engkau
B A
selalu berfikir aku tak mampu
E
hidup tanpamu woo

B A
kita padamkan ohoo ..
E
memori lalu ..
B A
aku akhirkan ohoo
A E
cerita cintaku


E B
kini ku jalani hidup
C#m A
sendirian tanpa kau disisi


C#m G#m
Tak perlu kau risaukan
A E
tak perlu ditangisi
C#m G#m
tak perlu difikirkan
A
cerita cinta
A E
kita lupakan cerita itu


B
Jangan kau rasa
A
aku tak mampu
E
lakukan semua
E
kerana engkau
B A
selalu berfikir aku tak mampu
E
hidup tanpamu
B A
kita padamkan ohoo ..
A
memori lalu ..


F#m C#m
tak mungkin kita akan bersama lagi kekasih
D
kerna diri ini tak mampu
E B A
harungi cintamu
E B A
cintamu ..

A E
kita lupakan cerita itu


B
Jangan kau rasa
A
aku tak mampu
E
lakukan semua
E
kerana engkau
B A
selalu berfikir aku tak mampu
E
hidup tanpamu


B A
kita padamkan ohoo ..
E
memori lalu .. eiiiii
B A
kita akhirkan ohoo
A E
cerita cintaku


Structured Code : Syed Azmir - Padamkan Cerita Cintamu

Sunday, February 15, 2009

Alyah - Tak Mungkin Kerana Sayang

Salam, sebulan rasanya tak update blog ni. Maklumlah semester ni ambil kalkulus, jadi bengong sket mengadap buku. Ditambah lagi dengan kelas malam yang tiba-tiba, huru hara nampaknya jadual kali ni. Jadi, harap kepada pelawat-pelawat yang menunggu kod terbaru dapatlah bersabar, mungkin lepas cuti sem bulan 4 ni baru aktif balik. Anyway, untuk lagu yang baru dimasukkan pada pagi yang syahdu ini adalah dari Alyah - Tak Mungkin Kerana Sayang. Selalu juga la dengar di mana-mana. So, pagi ni memekak la aku seperti biasa dan berjaya juga akhirnya. Untuk kod kali ni, aku tak masukkan intro dan masa bunyi uwooo, iyeee dan sebagainya. Banyak tu nak cari .. kod-kod untuk lirik asas pun dah cukup kan? Boleh kan? Kan? Kan? Hehehe .. anyway, enjoy ya !!!

Video : Credit To apisrayza At YouTube



Fm Cm C# G#
Setiba.. di persimpangan
Bbm C Fm
Langkah kita tak lagi sehaluan
Fm Cm C# G#
Bermula di saat itu
Bbm C Fm
Tidak senada irama dan lagu


Bbm D#
Begitu hidup ini
G# C#
Tiada yang abadi
F#
Yang patah tumbuh
C
Yang hilang berganti


Korus:

Bbm D# G#
Kau.. telah jauh
C# Bbm
jauh dariku
C Fm
Tiada ruang di hati buatmu
Bbm D# G#
Namun ha..rusku akui
C# Bbm C
Ada ketika di minda kau
Fm
menjelma kembali


Fm Cm C# G#
Sekali.. segala ada
Bbm C Fm
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Fm Cm C# G#
Tak mungkin kerana sayang
Bbm C Fm
Cuma terganggu oleh perasaan


Bbm D#
Begitu hidup ini
G# C#
Tiada yang abadi
F#
Yang patah tumbuh
C
Yang hilang berganti


* Repeat Korus


Bbm D#
Begitu hidup ini
G# C#
Tiada yang abadi
F#
Yang patah tumbuh
C
Yang hilang berganti


*Repeat Korus


Fm Cm C# G#
Tak mungkin kerana sayang
Bbm C Fm
Hanya kadangkala aku terkenang



Structured Code : Alyah - Tak Mungkin Kerana Sayang

Tuesday, January 6, 2009

Imran Ajmain - Selamat Ulang Tahun Sayang

Salam, dan rasanya tak terlewat lagi untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009. Apa azam anda tahun ini? Dan bagaimana tahun 2008 yang lalu, dapatkah anda semua mencapai impian dan azam anda? Anyway, kepada sesape yang ada request lagu melalui laman blog ni, saya minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat tunaikan permintaan anda dalam masa terdekat. Maklumlah, cuti dah habis dan masa untuk kembali belajar. Insyaallah, sekiranya mempunyai masa dan peluang, akan aku cuba untuk mendapatkan kod-kod tersebut.

Well, untuk di pagi yang syahdu ini, tetiba dapat idea untuk cari kod lagu Imran Ajmain ni .. Selamat Ulang Tahun Sayang, perghhh .. syahdu, masa naik kereta je mesti ada lagu ni, tergoyang-goyang kepala aku ikut irama lagu ni .. so, dengan selambernya aku mengangkat gitar dan mencari kord lagu tersebut walaupun esok kelas pagi.. :P~. Jadi, memandangkan masa tak seberapa mengizinkan, kod yang aku cari ni tidaklah sedetail seperti yang sebelum2 ini dan mungkin ada yang tak berapa betul (sila maklumkan kalau ada kesilapan .. TQ) . Anyway, it's for beginner dan amatur cam aku ni .. so, enjoy ok, goyang goyang .. :P .

Video: Credit To metamobile At YouTube



Intro:

E Am D G C Am B


Am
Yang tulus ikhlas
D G C
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Am B E
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Am
Yang selalu memberi
D G C
Ingin sekali sekala jadi penerima
Am B E
Cukup dengan salam dan manis doa


Am D G C
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Am C E
Dan leburkan saja serpihan calar derita


Korus:

Am
Selamat ulang tahun sayang
D G C
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Am
Rentaslah langit cita cita mu
B E
Harap nanti kita kan bertemu

Am
Selamat ulang tahun sayang
D G C
Janganlah engkau tak terbang pulang
Am
Ku nanti penuh kerinduan
B E
Selamat tinggal, selamat jalan


*Solo


Am D G C
Aku hanya inginkan engkau setia
Am C E
Kerana setia yang mencipta bahagiamu


*Repeat Korus


C D E
... Hooo hoooo



Structured Code : Imran Ajmain - Selamat Ulang Tahun Sayang