Friday, October 31, 2008

Orang Baru

Assalamualaikum, nampaknya ini kali pertama aku menceburkan diri aku dalam menulis blog walaupun aku sendiri tak berapa pandai bab bercerita ni. Sebelum ni, aku mula berjinak-jinak dalam penulisan web sejak tahun 1999 lagi melalui laman web http://geocities.com/irzani25 yang memaparkan mengenai kod-kod gitar yang aku cari sendiri atau belajar daripada orang lain. Anyway, setelah pelbagai rintangan dan masalah daripada geocities.com sendiri yang tidak berapa membantu user yang menggunakan free hosting, nampaknya aku terpaksa mencari satu sumber lain untuk memaparkan hasil-hasil carian kod gitar aku. Dan kali ini, diharap blog ini dapat berfungsi seperti yang aku harapkan dan dapat membantu mana-mana amatur yang baru berjinak-jinak dengan gitar dan ingin mencari kod-kod gitar dengan mudah. Harap ia dapat membantu sedikit sebanyak walaupun sedikit sahaja sumbangan yang aku dapat berikan. Kepada yang telah mencapai status power tu, kalau ada salah silap tu, mintak maaf la ye .. saya ni kira amatur lagi .. cuma niat nak membantu je .. ok .. :)

P.s: Nantikan kod-kod yang akan dimasukkan. Harap bersabar

Tq
Mr Ijan

2 comments:

joe said...

salam kenal... teruslah menulis kawan

Mr Ijan said...

Tq .. arigato ho zai mas ..