Sunday, December 13, 2009

Saje je nak update blog .. :P~

Salam semua ... akhirnya ada gak peluang update blog ni. Maklumlah lama tak main gitar semenjak masuk semester 5 ni, ditambah lagi dengan cerita-cerita dan OST Korea yang makin melambak untuk didownload. Kemudian ada plak game online Mafia Wars dari aplikasi facebook, busy jugak la. Ni pun stop kejap sebab game tu banyak masalah bug dan account kena "roll back" seminggu sebelumnya, kecewa gila :( . Jadi, bila tengah2 boring ni sambil menahan diri tak main game tu .. teringat pulak kat gitar yang dah berhabuk tu dan blog ni jugak.

Berbalik kepada website gitar geocities yang aku telah buat sejak tahun 1999 dulu, nampaknya pihak Yahoo betul2 mengotakan janji dengan menutup khidmat geocities free ni bulan lepas . Sebaik la aku sempat salin semua kod gitar dan beberapa kod html, kalu tak .. boleh tangkap nangis beb . Bukan mudah nak buat satu2, cari lirik, cari lagu, dan kemudian pegang gitar sambil kena cari tone yang sesuai ...

Anyway, walaupun dah salin kod2 tersebut , sekarang cuma tak tahu nak letak kat hosting free mana. Maklumlah 10 tahun aku tak pernah ambik tahu free hosting lain . (^_^)insyaallah kalu ada masa nanti aku akan cuba letak balik kod2 gitar ni .. so, aku berharap la korang boleh terima kedudukan kod gitar kat blog ni yang tak berapa tepat. Link2 yang aku letak kat bawah setiap kod gitar dengan url Geocities tu dah terpakai lagi la kiranya ..

Jadi, kira pandai-pandai la budget ye abang/kakak/adik/makcik/pakcik/ dan sebagainya bila nak tekan kat gitar nanti ye ... hehehe

Itu saje buat kali ni .. terima kasih kerana melawat blog ni sekali lagi :)

1 comment:

AkuMuzikFilem said...

oh, pencari kord rupanya=)